Tuesday, 22 January 2013

Kriteria Murid-murid Khas

Setiap murid berkeperluan khas sudah pastilah mempunyai kepelbagaian kecerdasan dan keupayaan yang berbeza-beza antara satu sama lain. Hal ini jelas seperti yang diterangkan oleh Howard Garner (1983) yang mengatakan setiap manusia ini mempunyai 9 kecerdasan yang pelbagai. Menurut Gardner, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad. Justeru, Dr. Gardner telah mengemukakan 8 jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa.

Bagi kanak-kanak khas sudah pastilah mereka mempunyai kepelbagaian kompetensi tersendiri. Sebagai contohnya, kanak-kanak autism selalunya mempunyai IQ yang sederhana berbanding dengan kanak-kanak sindrom down yang mempunyai IQ yang rendah. Hal ini adalah disebabkan kebiasaannya kanak-kanak sindrom down mengalami kerencatan akal sejak lahir lagi.

Sebagai contoh, terdapat murid yang mempunyai keupayaan IQ yang terlalu rendah dicampurkan bersama dengan murid yang mempunyai keupayaan yang sederhana. Hal ini boleh menyebabkan murid yang IQ rendah itu akan lebih ketinggalan semasa mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Akibatnya kanak-kanak tadi tidak lagi berminat untuk menumpukan perhatian dan belajar dengan baik di dalam kelas. Maka dengan disebabkan itulah terdapatnya murid yang tidak menumpukan perhatian dan mengganggu rakan di sebelahnya.

Nukilan,
UKM student

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...