KKGS


KKGS adalah singkatan daripada Kelab Kebajikan Guru dan Staf. Ditubuhkan untuk menjaga kebajikan warga SKPK Selangor dan juga sebagai jambatan untuk mengeratkan silaturrahim... 

Jawatankuasa kelab terdiri daripada guru dan juga staf sokongan berjawatan tetap di mana mereka akan memegang jawatan dalam tempoh 2 tahun. Selepas tempoh 2 tahun, jawatankuasa akan dibubarkan sebelum jawatankuasa baru ditubuhkan.

Apa yang menariknya mengenai SKPK Selangor (Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas) adalah, setiap KKGS yang ditubuhkan berperanan untuk menjalankan aktiviti tahunan sekolah seperti sambutan hari lahir, pengantin baru, kelahiran bayi, masuk wad (sakit), hari raya, merdeka, dan lain-lain perayaan / sambutan... malahan pakaian 'seragam' samada dalam bentuk t-shirt ataupun uniform pejabat akan dilakukan oleh setiap jawatankuasa yang dilantik. Ini bermakna, semua aktiviti akan dilakukan bersama-sama dan pakaian akan dipakai seragam pada sambutan / perayaan yang dijalankan..

Yuran keahlian pula adalah sebanyak RM15 sebulan bagi seorang ahli KKGS dan wang tersebut akan disalurkan kepada program-program yang dijalankan pada setiap tahun...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...