SEJARAH

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Selangor (SKPK Selangor) telah ditubuhkan pada 01.07.1988,  berkongsi bangunan dengan SRK Perempuan Bukit Kuda. Murid-murid  adalah dari Kelas percantuman SRK Perempuan Bukit Kuda Klang dan  SRK Batu 3 Klang berjumlah 39  orang. Mereka ditempatkan dalam 4 kelas  dengan bilangan guru 4 orang. En. Kassim Bin Abdul Jamil selaku Guru Besar pertama sekolah ini telah ditugaskan untuk mengubahsuai bilik darjah dan mencari kelengkapan-kelengkapan. Dengan peruntukan 3 bilik darjah ia telah diubahsuai menjadi 4 bilik darjah, sebuah pejabat, sebuah Pusat sumber dan sebuah stor.

1991 - Pada 2 Disember 1991 sebuah bangunan baru dibina di belakang SRK Perempuan Bukit Kuda. Bilangan murid pada ketika itu ialah 60 orang. Murid bertambah dan kelas berkembang menjadi 9 buah, maka sekolah ini mendapat 2 blok bangunan   kayu dibina di belakang SRK Perempuan Bukit Kuda, Klang dengan 4 buah kelas. Tiap kelas dibahagi menjadi dua atau tiga darjah kecil. Ia ditadbir oleh seorang Guru Besar iaitu Tn. Hj. Isnin Bin Sarju  dan dua Penolong Kanan.

1998 - Pada 1 Jun 1998 sekolah ini telah dapat bangunan gantian di daerah Petaling Perdana  pada 01.06.1998. Sekolah telah berpindah  ke premis baru dengan nama SK Pendidikan Khas Selangor, Seksyen 18, Shah Alam. Ia ditadbir oleh Guru Besar Pn. Aisah Bt Bakar dan 3 Penolong Kanan sehingga kini. Sekarang jumlah murid adalah seramai 104 orang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...