Tuesday, 22 January 2013

Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas

Program pemulihan ke atas pelajar “lembam” (lemah dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira pada tahap umurnya) bermula pada tahun 1978. Manakala program untuk kanak-kanak ‘Bermasalah Pembelajaran’ baru bermula pada tahun 1988 apabila buat pertama kalinya Kementerian Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur. Kelihatan bahawa perkembangan pendidikan khas di Malaysia bertumpu kepada kumpulan kanak-kanak buta, pekak, dan bermasalah pembelajaran.

Peristiwa Penting yang Mempengaruhi Perkembangan Pendidikan Khas Dalam Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat (1948) menegaskan hak bagi setiap individu mendapat pendidikan. Perkara ini ditegaskan semula dalam Persidangan Dunia bertemakan ‘Pendidikan Untuk Semua’ di Jomtien, Thailand yang menekankan:

Keperluan-keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian yang khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan.

Nukilan,
UKM student

1 comment:

  1. Play'n GO to add mobile casino games to Google Play store
    Play'n GO, a 익산 출장샵 leading global content 태백 출장샵 provider to the iGaming industry, today announced the launch 이천 출장안마 of the 경상남도 출장마사지 Android 의왕 출장마사지 and iOS-focused Play N Go

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...