Monday, 21 January 2013

Jom Belajar Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) -Jawi

JAWI... Tulisan Jawi (توليسن جاوي), juga dipanggil Yawi di Pattani, ialah sejenis abjad Arab yang disesuaikan untuk menulis bahasa Melayu.

Tulisan Jawi merupakan salah satu daripada dua sistem tulisan rasmi di Brunei, dan juga dijadikan sistem tulisan alternatif di Malaysia. Dari segi penggunaannya, tulisan Jawi dahulunya merupakan abjad piawai bahasa Melayu tetapi sudah diganti oleh abjad Rumi, maka penulisan Jawi hanya terhad kepada kegunaan keagamaan dan kebudayaan. Penulisan Jawi seharian dipelihara di kawasan-kawasan yang diduduki masyarakat Melayu yang lebih konservatif, misalnya Sulu di Filipina, Pattani di Thailand, Kelantan di Malaysia dan beberapa kawasan penempatan Melayu di Indonesia.

Bagi mereka yang menghadapi masalah pendengaran juga didedahkan kepada penggunaan tulisan jawi menggunakan Kod Tangan, sama seperti orang normal... cuma pendekatannya sahaja yang berbeza di mana mereka tidak menyebutnya dengan mulut sebaliknya menggunakan kod tangan...

Berikut adalah 29 kod jawi (alif hingga ya)..iaitu sebahagian yang ada menggunakan kod tangan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...